Selangor, KL sumbang 5,773 kes

PUTRAJAYA 18 Julai – Enam negeri terus menambah jumlah kes hari ini berbanding semalam sementara negeri-negeri lain masih mencatatkan kes yang tinggi walaupun berlaku sedikit penurunan angka jangkitan.

Selangor masih mendahului dengan 4,828 kes berbanding 4,985 semalam manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merekodkan 945 berbanding 1,740 semalam.

Ini bermakna Selangor dan Kuala Lumpur menyumbang 5,773 kes kepada jumlah kes harian seluruh negara yang berjumlah 10,710

Johor merekodkan pertambahan kes dari 625 semalam kepada 808 diikuti Sabah 666 (647), Pahang 369 (317), Putrajaya 51 (41) dan Labuan 50 (22).

Perlis turut menambah kes kepada lima berbanding satu kes semalam.

Sementara itu Negeri Sembilan merekodkan 771 berbanding 1,280 semalam, Kedah 696 (701), Perak 407 (428), Pulau Pinang 295 (396), Melaka 289 (569), Sarawak 261 (388), Kelantan 146 (211) dan Terengganu 123 (177).

Related posts

Leave a Comment