R-naught Malaysia 1.20

PUTRAJAYA 16 Julai – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught di Malaysia terus mencatat peningkatan dengan mencatat nilai 1.20 semalam berbanding 1.19 pada Rabu.

Tiga negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Putrajaya dengan kadar 1.32,  Terengganu 1.27 dan Kedah 1.23.

Selangor dan Pulau Pinang masing-masing sama seperti purata kebangsaan 1.20 manakala Labuan dan Sarawak mempunyai nilai R-naught di bawah kadar 1.0, iaitu masing-masing 0.80 dan 0.90.

Mengikut pecahan, Sabah mencatatkan kadar R-naught 1.09, Johor, Kelantan dan Perak masing-masing 1.10, Pahang 1.12, Melaka 1.14, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.15 dan Negeri Sembilan 1.17

Sementara, Perlis kekal dengan merekodkan tiga kes.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan negara tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala  yang tertinggi adalah  1.21 pada 23 Mei.

Related posts

Leave a Comment