3.495 bilion dos didaftar, disuntik

SEBANYAK 3.495 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat ini, demikian menurut data Johns Hopkins University.

China kini mendahului dengan lebih 1.4 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti India dengan 387 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) 334 juta dos.

Brazil merekodkan lebih 100 juta dos manakala United Kingdom serta Jerman lebih 80 juta dos, Jepun 623 juta dos dan Perancis 61 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 52 juta, diikuti Filipina dan Thailand pula masing-masing 13 dan 12.9 juta dos.

Malaysia pula dengan lebih 12.6 juta dos dan Singapura dengan lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment