RAMALLAH – Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan melaporkan jumlah penempatan haram dan pos Israel di Tebing Barat yang diduduki mencecah 592, dengan Israel menguasai kira-kira 42 peratus wilayah itu,
Menurut suruhanjaya itu, 780,000 penjajah Israel tinggal di Tebing Barat termasuk Baitulmuqaddis Timur yang diduduki dan setakat akhir Julai, daripada jumlah tersebut, sekitar 333,600 tinggal di penempatan haram di Baitulmuqaddis dan 446,400 di tempat lain di Tebing Barat.
Penjajah Israel tersebar di 192 penempatan haram dan 400 pos penempatan termasuk 231 pos pastoral, menurut suruhanjaya itu.
Perintah rasmi Israel menunjukkan kawalan Israel meluas hingga 42 peratus daripada kawasan Tebing Barat seluas kira-kira 5,660 kilometer persegi, kata suruhanjaya itu.
Israel menguasai 71 peratus Kawasan C dan sebanyak 91 peratus Lembah Jordan Palestin.
Tebing Barat dibahagikan kepada Kawasan A, B dan C di bawah Perjanjian Oslo II 1995.
Kawasan A berada di bawah kawalan pentadbiran dan keselamatan Palestin, Kawasan B adalah di bawah pentadbiran Palestin dan kawalan keselamatan Israel, manakala Kawasan C, yang membentuk kira-kira 60 peratus daripada Tebing Barat, berada di bawah kawalan penuh Israel.
Nnnnn
