PPV di IDCC tutup sehari

KUALA LUMPUR 13 Julai – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam ditutup selama sehari hari ini susulan terdapat kes positif Covid-19 dikesan membabitkan petugas di pusat berkenaan.

Menurut Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) dalam satu kenyataan di Twitter awal pagi ini, penutupan itu bagi membolehkan proses sanitasi dilakukan.

CITF menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC di antara 29 Jun hingga 12 Julai 2021 untuk membuat penilaian kendiri dan menjalankan ujian saringan jika bergejala.

Susulan itu, janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikh yang akan diumumkan secepat mungkin.

Related posts

Leave a Comment