PM Itali rai kejayaan Azurri

ROME: Perdana Menteri Itali Mario Draghi meraikan kemenangan pasukan bola sepak negara itu menjuarai Euro 2020 di pejabatnya di Chigi Palace semalam setelah kemenangan bersejarah mereka di Stadium Wembley.

Sebelum itu, pasukan itu juga disambut oleh Presiden Itali, Sergio Mattarella di luar pejabatnya.

Draghi menyifatkan kemenangan pasukan negara itu telah meletakkan Itali sebagai perhatian utama di Eropah.

Katanya,  sukan bola sepak telah banyak mengajar rakyatnya untuk bersatu dan mempunyai impian.

Itali menundukkan tuan rumah England pada perlawanan akhir Euro 2020 menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 di Stadium Wembley.

England bermula rancak apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-2 melalui tendangan cantik Luke Shaw.

Itali cuba mengawal perlawanan pada separuh masa kedua, dan pada minit ke- 67 Leonardo Bonucci berjaya menyamakan kedudukan 1-1.

The Three Lions kecundang kepada The Azurri apabila tiga sepakan penalti gagal disempurnakan sekali gus menobatkan Itali sebagai juara Euro 2020

Itali menang buat pertama kali kejuaraan Eropah pada tahun 1968 serta memenangi empat gelaran Piala Dunia.

Kejuaraan Euro sebelum ini buat Itali adalah pada tahun 2006.

Related posts

Leave a Comment