3.46 bilion dos vaksin didaftar

LEBIH 3.46 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Selasa, 13 Julai.

Menurut data Johns Hopkins University, China mendahului dengan lebih 1.38 bilion dos vaksin diikuti India 380 juta dos dan Amerika Syarikat (AS) 333 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil, manakala United Kingdom serta Jerman 81 juta dos, Poland 61 juta dos dan Perancis 59 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 51 juta, Filipina dan Thailand masing-masing 13 juta dan 12.5 juta dos.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 11.7 juta dos dan Singapura dengan lebih 6 juta dos.

Related posts

Leave a Comment