Filipina tambah 5,484 kes baharu

MANILA 8 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 5,484 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,455,585.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 3,925 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 1,380,899 orang atau 94.9 peratus.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 25,650 orang apabila 191 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif pula adalah 49,036 atau 3.4 peratus.

Related posts

Leave a Comment