Selangor bukan lagi kejutan

PUTRAJAYA 8 Julai – Bukan lagi kejutan apabila Selangor menambah 1,033 lagi kes jangkitan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes harian 4,152 berbanding 3,119 semalam.

Trend peningkatan kes ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor kini 272,993.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula merekodkan 1,133 berbanding 1,005 semalam, Negeri Sembilan 897 (788), Perak 543 (187), Kedah 360 (198), Johor 336 (224),  Sabah 279 (244), Pulau Pinang 237 (140), Kelantan 135 (123), dan Terengganu 68 (43.)

Sarawak mencatatkan sedikit penurunan berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam iaitu 238 (289), Melaka 183 (358), Pahang 152 (258), Wilayah Persekutuan Labuan 64 (93) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 47 (26).

Perlis pula merekodkan satu kes berbanding dua semalam.

Related posts

Leave a Comment