1,257 kes di Arab Saudi

RIYADH 8 Julai – Arab Saudi merekodkan 1,257 kes baharu Covid-19 dan 12 kematian menjadikan jumlah keseluruhan 497,773 kes.dan 7,933 meninggal dunia. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,484 orang dilaporkan sembuh menjadikan jumlah pulih meningkat kepada 478,127 orang. Riyadh mencatatkan kes harian tertinggi dengan 319 diikuti Timur 277, Makkah 252 dan Jazan 94. Sebanyak 11,731 kes aktif dilaporkan di mana 1,385 kritikal

Read More

Kes meningkat di Thailand

BANGKOK 8 Julai – Thailand mencatatkan kes dan kematian tertinggi hari ini dengan merekodkan 7,058 kes baharu Covid-19 serta 75 kematian yang membawa kepada 308,230 kes dan 2,462 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 7,049 kes melibatkan penularan tempatan, merangkumi 1,732 melalui pengesanan kes aktif dan sembilan kes import. Kes kematian pula melibatkan 39 lelaki dan 36 wanita berusia antara 33 dan 94 tahun, termasuk 74 rakyat tempatan dan seorang warga China. Bangkok yang mencatatkan 121 kluster mendahului kes tertinggi dengan merekodkan 2,212 kes baharu dan 33 kematian. Berikutan…

Read More

Pejuang lulus pendaftaran

KUALA LUMPUR 8 Julai – Pengerusi Penaja Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad mengesahkan parti tersebut secara rasminya telah didaftarkan sebagai parti politik pada 8 Julai 2021. Ahli Parlimen Langkawi itu turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang akhirnya meluluskan pendaftaran parti berkenaan. Menurutnya, kelulusan telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS). “Kita berterima kasihlah kepada kerajaan yang telah mendaftar parti Pejuang ini dan kami berpendapat bahawa cara kami bukanlah untuk menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media maya hari…

Read More

PN tidak tumbang serta merta

KUALA LUMPUR 8 Julai – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan tumbang secara automatik atau serta-merta susulan tindakan penarikan sokongan UMNO kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, kata bekas Ketua Hakim Negara, Abdul Hamid Mohamad. Beliau berkata penarikan itu juga tidak menyebabkan Muhyiddin hilang jawatan sebagai Perdana Menteri kerana perkara itu hanya keputusan parti. “Ahli Parlimen UMNO yang sepatutnya turut menarik diri daripada menyokong kerajaan PN, tidak semestinya akan berbuat demikian. Mungkin mereka akan dipecat daripada parti, tetapi mereka masih tetap boleh menyokong kerajaan PN,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Abdul Hamid…

Read More

Kes harian Indonesia 38,391

JAKARTA 8 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia melonjak kepada 38,391 kes, berbanding 34,379 kes seperti yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,417,788. Angka tersebut yang direkodkan dalam tempoh 24 jam adalah yang tertinggi sejak kes pertama dilaporkan pada 2 Mac 2020. Bagi tempoh yang sama, seramai 852 pesakit Covid-19 meninggal dunia, kurang sedikit berbanding rekod tertinggi pada Rabu iaitu 1,040 orang. Setakat ini, Indonesia mencatatkan sejumlah 63,760 orang meninggal dunia akibat virus berkenaan. Jumlah pesakit yang sembuh pula adalah sebanyak 21,185 orang, menjadikan jumlah kumulatif 1,994,573…

Read More

Muhyiddin masih kekal PM

PUTRAJAYA 8 Julai – Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan, kata Peguam Negara,  Idrus Harun. Katanya, berdasarkan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri, dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik, ataupun mana-mana pemimpin parti politik. “Merujuk kenyataan media yang dikeluarkan Presiden UMNO (Dr Ahmad Zahid Hamidi) bertarikh 7 Julai, kenyataan itu daripada suatu parti komponen yang membentuk kerajaan sedia ada, dilantik Yang di-Pertuan Agong…

Read More

Pas sokong Muhyiddin

KUALA LUMPUR 8 Julai – Pas termasuk semua 18 ahli parlimennya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepemimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin, kata Presidennya, Abdul Hadi Awang. Katanya, parti itu juga kesal dengan sebarang tindakan yang boleh menggugat kestabilan politik dalam negara, khususnya dalam keadaan kerajaan sedang berusaha menghadapi krisis kesihatan dan ekonomi. “Pas menyeru seluruh rakyat untuk bersatu hati mendukung langkah Kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19, terutamanya bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Wanita Perikatan Nasional…

Read More

8,858 kes baharu, kumulatif 808,658

PUTRAJAYA: Seperti dijangka , jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 800,000 dengan merekodkan 808,658 kes. Pada masa yang sama 8,858 kes harian direkodkan hari ini iaitu pertambahan mendadak berbanding jumlah yang dicatatkan semalam sebanyak 7,097. Kali terakhir negara ini merekodkan lebih 8,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh sehari ialah pada 3 Jun lalu membabitkan 8,209 kes dan sebelum itu pada 28 Mei sebanyak 8,290 kes. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 8,858 adalah kes tempatan yang melibatkan 6,867 warganegara dan 1,991 bukan warganegara manakala 10 kes import melibatkan…

Read More

Singapura lapor 13 kes import

SINGAPURA 8 Julai – Singapura melaporkan 16  kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang melibatkan tiga kes dalam kalangan masyarakat dan 13 kes import. Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini adalah 62,668 kes dan 36 kematian. Daripada tiga kes tempatan, dua adalah jangkitan tanpa hubung kait dengan mana-mana kes sebelum ini manakala satu jangkitan yang berkait dengan kes lalu dikesan melalui pemantauan. Sementara itu kesemua 13 kes import  sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di negara ini. Sebanyak…

Read More

Filipina tambah 5,484 kes baharu

MANILA 8 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) mencatatkan 5,484 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,455,585. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 3,925 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah pulih 1,380,899 orang atau 94.9 peratus. Jumlah kematian pula meningkat kepada 25,650 orang apabila 191 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini. Kes aktif pula adalah 49,036 atau 3.4 peratus.

Read More