Singapura lapor 13 kes import

SINGAPURA 8 Julai – Singapura melaporkan 16  kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang melibatkan tiga kes dalam kalangan masyarakat dan 13 kes import.

Menurut Kementerian Kesihatan, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat ini adalah 62,668 kes dan 36 kematian.

Daripada tiga kes tempatan, dua adalah jangkitan tanpa hubung kait dengan mana-mana kes sebelum ini manakala satu jangkitan yang berkait dengan kes lalu dikesan melalui pemantauan.

Sementara itu kesemua 13 kes import  sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di negara ini.

Sebanyak 12 daripada jangkitan import itu dikesan sebaik mereka tiba di Singapura manakala seorang lagi jatuh sakit semasa menjalani tempoh SHN atau pengasingan.

Related posts

Leave a Comment