Kes harian Indonesia 38,391

JAKARTA 8 Julai – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia melonjak kepada 38,391 kes, berbanding 34,379 kes seperti yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,417,788.

Angka tersebut yang direkodkan dalam tempoh 24 jam adalah yang tertinggi sejak kes pertama dilaporkan pada 2 Mac 2020.

Bagi tempoh yang sama, seramai 852 pesakit Covid-19 meninggal dunia, kurang sedikit berbanding rekod tertinggi pada Rabu iaitu 1,040 orang.

Setakat ini, Indonesia mencatatkan sejumlah 63,760 orang meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Jumlah pesakit yang sembuh pula adalah sebanyak 21,185 orang, menjadikan jumlah kumulatif 1,994,573 orang manakala kes aktif pula 359,455.

Sementara itu, jumlah masyarakat yang sudah divaksinasi dos kedua mencapai 14,622,502 orang atau 36.24 peratus dan 34,860,686 atau 86.40 peratus mendapatkan dos pertama.

Related posts

Leave a Comment