6,335 kes harian, 37 kematian

BANGKOK 25 Nov. – Sebanyak 6,335 kes baharu Covid-19 dan 37 kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes 2,088,327 dan 20,581 orang meninggal dunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, jumlah kes hari ini menunjukkan peningkatan berbanding 5,857 semalam manakala jumlah kematian pula berkurangan berbanding 55 kes semalam.

Daripada kes baharu yang direkodkan, sebanyak 6,305 kes melibatkan kalangan orang awam termasuk tujuh kes import dan 30 orang banduan.

Sejak 1 April, bermulanya gelombang ketiga Covid-19, Thailand merekodkan 2,059,464 kes dan daripada jumlah itu 1,959,663 dilaporkan pulih dan 20,487 meninggal dunia.

Dan sejak pandemik bermula, sebanyak 2,088,327 kes dilaporkan di mana 1,987,089 dilaporkan sembuh manakala 20,581 kematian direkodkan.

Kes 37 kematian hari ini melibatkan individu berusia 31 hingga 95 tahun termasuk seorang warga Myanmar.

Bangkok merekodkan lima kematian, dua lagu masing-masing di Pathum Thani dan Samut Sakhon selain Suphan Buri (3), Lop Buri (2), Phetchaburi (1), Kanchanaburi (1), Chon Buri (1), Chanthaburi (1), Trat (1), Ratchaburi (1) dan Saraburi (1).

Wilayah Selatan merekodkan 11 kematian iaitu Pattani (3), Nakhon Si Thammarat (3), Songkhla (2), Surat Thani (1), Yala (1) dan Phangnga (1).

Enam kematian di Utara iaitu Tak (2) Chiang Rai (1), Phrae (1), Phitsanulok (1) dan Uthai Thani (1) dan satu lagi di wilayah Timur Laut, Surin.

Bangkok merekodkan 672 kes baharu, disusuli Songkhla 455, Nakhon Si Thammarat 429, Surat Thani 263, Chiang Mai 258, Samut Prakan 206, Chon Buri 204, Pattani 178, Yala 171 dan Prachuap Khiri Khan 154.

Tujuh kes import pula adalah dari Rusia (1), Switzerland (1), Norway (1), Ireland (1), Netherlands (1), Myanmar (1) dan Kemboja (1).

Sementara itu, semalam sebanyak 80,657 pesakit mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 1,508 pesakit kritikal dan 363 yang bergantung kepada ventilator.

Sebanyak 7,218 kes dilaporkan sembuh semalam menjadikan jumlah keseluruhan 1,987,089 orang.

Related posts

Leave a Comment