8,858 kes baharu, kumulatif 808,658

PUTRAJAYA: Seperti dijangka , jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini mencecah 800,000 dengan merekodkan 808,658 kes.

Pada masa yang sama 8,858 kes harian direkodkan hari ini iaitu pertambahan mendadak berbanding jumlah yang dicatatkan semalam sebanyak 7,097.

Kali terakhir negara ini merekodkan lebih 8,000 jangkitan Covid-19 dalam tempoh sehari ialah pada 3 Jun lalu membabitkan 8,209 kes dan sebelum itu pada 28 Mei sebanyak 8,290 kes.

Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 8,858 adalah kes tempatan yang melibatkan 6,867 warganegara dan 1,991 bukan warganegara manakala 10 kes import melibatkan lima bukan warganegara.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 5,903 apabila 135 lagi pesakit meninggal dunia iaitu 119 warganegara dan 16 bukan warganegara.

Jumlah kes sembuh pula 5,802 menjadikan jumlah keseluruhan 725,480 kes sementara jumlah kes di unit rawatan rapi 952 dan 445 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment