Indonesia catat peningkatan kes

JAKARTA 27 Jan. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes harian Covid-19 hari ini apabila jumlah yang direkodkan meningkat kepada 8,077 kes berbanding 7,010 yang dilaporkan semalam.

Dalam tempoh yang sama, tujuh lagi dilaporkan meninggal dunia, juga satu peningkatan berbanding sebelum ini antara satu hingga tiga kematian sehari.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan adalah 4,309,270 manakala jumlah kematian pula 144,261.

Sebanyak 1,643 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,129,305 manakala kes aktif pula 6,427 menjadikan jumlah keseluruhan 35,704 kes.

Pemerintah juga mencatat 9.820 suspek Covid-19. Secara kumulatif, saat ini terdapat 70.567.046 spesimen Covid-19 yang telah diperiksa dari 47.618.448 orang.

Related posts

Leave a Comment