Filipina lapor 5,795 kes

MANILA 1 Julai – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina melaporkan 5,795 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,418,337 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 2,859 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,341,973 pulih atau 94.6 peratus.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula meningkat kepada 24,797 orang termasuk 135  yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Kes aktif yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 51,567, meningkat berbanding 48,649 semalam.

Related posts

Leave a Comment