Bendung pencemaran musim sejuk

NEW DELHI – Mulai 1 November ini, kerajaan tempatan di ibu negara India, Delhi, akan melaksanakan beberapa langkah bagi membendung pencemaran udara yang biasanya bertambah buruk pada musim sejuk mulai November hingga Februari.

Ia termasuk menaikkan caj letak kenderaan, melarang kerja pembinaan dan meroboh, menetapkan waktu bekerja secara berperingkat dan 50 peratus jumlah kakitangan yang bekerja di pejabat kerajaan dan swasta dikurangkan, dengan perkhidmatan penting dikecualikan.

Langkah itu yang bertujuan mengehadkan sumber pencemaran dan mengurangkan pergerakan kenderaan di ibu negara akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 November, dengan sebahagian sekatan diteruskan sehingga Februari 2027.

Delhi, yang mempunyai lebih 30 juta penduduk, adalah antara bandar paling tercemar di dunia di mana pelepasan daripada aktiviti perindustrian dan trafik kenderaan merupakan antara sumber utama pencemaran udara.

Related posts

Leave a Comment