KOTA BHARU 29 Sept. – Perikatan Nasional (PN) menunggu maklum balas Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung penggunaan logo pada Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Melaka akan datang. Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan, berkata PN telah menghantar surat kepada RoS semalam bagi mendapatkan penjelasan mengenai penggunaan logo itu. Menerusi surat yang sama, PN turut menuntut penjelasan dan butiran aduan dibuat Bersatu yang mendakwa wujud pelanggaran perlembagaan gabungan itu oleh kepimpinan baharu PN. “Sekarang kita tak tahu, kita diminta untuk membuat penjelasan, tapi apa aduan dia (Bersatu) pun kita tak tahu.…
Read MoreDay: September 29, 2026
Farhash ketuai penerima darjah kebesaran
KOTA BHARU 29 Sept . – Ahli perniagaan, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, mengetuai senarai 779 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, yang ke-57, hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Al-Haj Tengku Feissal, berkata, Pengerusi Eksekutif Kumpulan APEX Equity itu merupakan penerima tunggal bagi Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP). Ini diikuti Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, yang dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang…
Read MoreNajib balik ke rumah, Loke keluar pejabat
KUALA LUMPUR 29 Sept. – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sudah menyerahkan surat peletakan jawatannya dalam Kabinet kepada Anwar Ibrahim, semalam dan hanya berkuat kuasa pada hari Datuk Seri Najib Razak pulang ke rumah. Setiausaha Agung DAP itu berkata, berlangsung perbincangan antara mereka berhubung perkara terbabit dan buat masa ini Perdana Menteri meminta beliau untuk terus kekal dalam jawatan buat sementara. “Sudah tentu, saya tetap dengan keputusan parti untuk melepaskan jawatan sebagai menteri. Perdana Menteri akan membuat keputusan, tetapi saya berkata bahawa perlu ada tempoh masa yang ditetapkan. Jadi, tempoh masa…
Read More“Jangan dengar guruh di langit, hujan tak jadi”
SEPANG 29 Sept. – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan menyeluruh terhadap UiTM Holdings yang didakwa mengalami kerugian ratusan juta ringgit. Presiden Putra Dr Ibrahim Ali yang mengalu-ngalukan kenyataan Perdana Menteri, yang mengarahkan supaya kelemahan pengurusan UiTM Holdings diteliti mahu arahan itu diperluaskan terhadap kemungkinan berlaku penyelewengan dan salah laku UiTM Holdings. “Saya menggesa Perdana Menteri tidak sekadar mengarahkan semakan terhadap kelemahan pengurusan sebaliknya mengarahkan SPRM menjalankan siasatan terhadap segala kepincangan, kemungkinan berlaku penyelewengan dan salah laku yang dipercayai menyebabkan…
Read MoreBerita pilihan….
IPU paras tidak sihat
SINGAPURA – Walaupun hujan diramalkan di beberapa kawasan Singapura pada hari ini, Selasa, Singapura masih berisiko terjejas oleh jerebu disebabkan angin dijangka bertiup dari arah timur atau tenggara. Setakat pagi ini, mutu udara di kawasan tengah, selatan, barat dan timur Singapura mencatat paras tidak sihat manakala kawasan utara turut melepasi paras tersebut. Menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), setakat 7 pagi Selasa, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing ialah 155 di kawasan tengah, 101 di utara, 129 di selatan, 139 di barat dan 128 di timur. Bacaan IPU sejak beberapa minggu…
Read MoreBendung pencemaran musim sejuk
NEW DELHI – Mulai 1 November ini, kerajaan tempatan di ibu negara India, Delhi, akan melaksanakan beberapa langkah bagi membendung pencemaran udara yang biasanya bertambah buruk pada musim sejuk mulai November hingga Februari. Ia termasuk menaikkan caj letak kenderaan, melarang kerja pembinaan dan meroboh, menetapkan waktu bekerja secara berperingkat dan 50 peratus jumlah kakitangan yang bekerja di pejabat kerajaan dan swasta dikurangkan, dengan perkhidmatan penting dikecualikan. Langkah itu yang bertujuan mengehadkan sumber pencemaran dan mengurangkan pergerakan kenderaan di ibu negara akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 1 November, dengan sebahagian sekatan…
Read More