Brunei tambah dua kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Jun – Dua lagi kes import Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 259 orang. Ini menjadikan jumlah kes import yang dicatatkan setakat ini adalah 118 manakala kes jangkitan tempatan terakhir direkodkan pada 6 Mei 2020. Menurut Kementerian Kesihatan, kedua-dua kes melibatkan ketibaan individu dari Indonesia pada 13 Jun lalu. Kes 258 ialah seorang lelaki berumur 38 tahun yang tiba dari Indonesia melalui Singapura dan mengalami sakit tekak selama lima hari, batuk dan hilang deria rasa sejak 20 Jun 2021.  Manakala Kes 259 ialah seorang perempuan berumur…

Read More

Selangor kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 27 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang utama kes harian Covid-19 negara yang berjumlah 5,586 hari ini dengan merekodkan 2,212 kes berbanding 2,108 semalam . Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 241,627, satu-satunya negeri yang melepasi 100,000 kes. Hanya Perlis tidak merekodkan tambahan kes baharu ini selepas mencatatkan empat kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kekal 584. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan angka yang sama seperti semalam iaitu 628 kes diikuti Sarawak 513 (491), Melaka 380 (355), Perak 229 (137), Sabah 190 (189), Kelantan 133 (103)…

Read More

PM akan umum bantuan

KUALA LUMPUR 27 Jun –  Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjang Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Isnin atau Selasa ini. Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, bantuan menyeluruh itu dijangka  memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah termasuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20. “Saya nak sebut di sini (bantuan) kepada B40 dan M40 pun dah tentu dan beberapa kes termasuk seperti moratorium mungkin T20 pun ambil kira tentang keperluan mereka. “Bantuan ini agak komprehensif jika dibandingkan dengan sebelum ini,”…

Read More

Fasa 1 (PKP) PPN sehingga Julai

KUALA LUMPUR 27 Jun – Mulai sekarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebut Fasa, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. “Sekarang ini ialah fasa pertama dan fasa pertama ini sampai Julai, mungkin pertengahan dan sebagainya, jadi bukan kita kira 28 Jun, ada silap,” katanya. Beliau berkata Fasa 1 yang dijadualkan tamat esok, akan kekal dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator yang digariskan dicapai, Tiga indikator itu ialah jumlah kes harian, tahap sistem kesihatan awam dan kadar vaksinasi. “Saya nak jelaskan sebab ada yang tidak berapa faham, bahawa mereka kata sekarang…

Read More

Sekatan baharu 30 hari di Bangkok

BANGKOK 27 Jun – Mulai esok, sekatan baharu yang berpusat di Bangkok akan dikenakan selama 30 hari dalam usaha kerajaan memerangi wabak Covid-19 yang semakin menular di ibu negara itu. Lima wilayah sekitar Bangkok yang turut terlibat ialah Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Praka, Samut Sakhon and Nakhon Pathom. Sekatan itu yang terkandung dalam Royal Gazette itu antara lain merangkumi larangan makan di restoran dan pusat membeli-belah ditutup pada pukul 9 malam. Di samping itu, pesta dan perayaan serta aktiviti melibatkan perhimpunan lebih 20 orang juga tidak dibenarkan. Pada masa yang…

Read More

187,877 dos suntikan hujung minggu

PUTRAJAYA 27 Jun – Jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama dan dos kedua mencecah 7,226,949 setakat semalam, 26 Jun. Bagaimanapun jumlah pemberian vaksin dalam tempoh 24 jam lepas menurun sedikit, iaitu sebanyak 187,877 dos. Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, jumlah penerima vaksin dos pertama ialah seramai 5,204,993 orang manakala dos kedua, 2,021,956 orang. Berdasarkan grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) itu, Sarawak paling tinggi dengan 919,990 penerima dos pertama dan 212,979 penerima dos kedua. Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 908,820 penerima dos pertama, 170,621 penerima dos…

Read More

PKP 3.0 : Indikator tidak izinkan peralihan

HARI ini akan diketahui sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang tamat esok, 28 Jun dilanjutkan atau sebaliknya. Semalam sudah tular satu kenyataan palsu berkaitan lanjutan PKP 3.0 selama dua minggu lagi. Walaupun palsu, jika ia satu kebenaran hari ini, maka ia bukanlah satu kejutan. Cuma apakah akan ada ‘kelonggaran tertentu’ sekiranya lanjutan itu dibuat bagi memutuskan rantaian Covid-19. Di atas kertas, PKP 3.0 sudah kelihatan akan dilanjutkan walaupun kerajaan menyedari reaksi berkaitan ‘ekonomi’ rakyat yang terjejas. Memang satu keputusan yang sukar untuk dilakukan – antara kesihatan dan ekonomi.…

Read More

Kadar Rt Covid-19 kini 0.97

PUTRAJAYA 27 Jun – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di negara ini berada pada paras 0.97 dengan tujuh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan. Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.06, diikuti Negeri Sembilan (1.04), Pahang (1.02), Selangor (1.00), Sarawak (0.98), Kuala Lumpur dan Kedah kedua-duanya mencatat nilai Rt 0.97. Negeri-negeri dan wilayah lain berada di bawah nilai Rt kebangsaan. Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei. Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan…

Read More

Amaran risiko keradangan jantung

AGENSI Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menambah satu lagi amaran kepada kajian tentang vaksin Covid-19 Pfizer/BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan adanya risiko yang jarang berlaku iaitu keradangan jantung selepas penggunaannya. Kemas kini itu menyusuli semakan semula yang menyeluruh ke atas maklumat dan hasil perbincangan Jawatankuasa Penasihat Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) AS tentang Amalan Pengimunan pada 23 Jun lalu. Bagi setiap vaksin, kertas fakta untuk penyedia penjagaan kesihatan telah disemak semula untuk memasukkan peringatan bahawa terdapat laporan mengenai peningkatan risiko miokarditis dan perikarditis lebih tinggi, khususnya selepas menerima dos kedua. Setakat 11…

Read More