Singapura catat kematian ke-36

SINGAPURA 27 Jun – Seorang wanita tempatan berusia 84 tahun meninggal dunia akibat komplikasi ekoran  jangkitan Covid-19, kematian ke-36 dicatatkan Singapura sejak penularan pandemik Mac tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), wanita itu diuji bagi Covid-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan masyarakat MOH bagi  pengunjung ke Blok 115 dan 116 Bukit Merah View, dan disahkan mengalami jangkitan pada hari  sama.

Wanita itu adalah sebahagian daripada kelompok lapan kes yang terkait dengan Kes 64264, iaitu seorang pekerja pembantu rumah asing Indonesia berusia 32 tahun.

Beliau belum diberi vaksin dan mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi.

Semalam, MOH melaporkan 13 kes baharu jangkitan Covid-19 tempatan, antaranya

melibatkan jururawat berusia 21 tahun, porter berusia 48 tahun dan porter berusia 66 tahun, yang bekerja di Hospital Besar Changi (CGH).

Seorang pegawai polis, 28 yang bertugas di Pusat Polis Kejiranan  Bukit Merah Barat di 500 Bukit Merah View juga didapati positif dijangkiti  virus tersebut.

Related posts

Leave a Comment