Amaran risiko keradangan jantung

AGENSI Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) menambah satu lagi amaran kepada kajian tentang vaksin Covid-19 Pfizer/BioNTech dan Moderna untuk menunjukkan adanya risiko yang jarang berlaku iaitu keradangan jantung selepas penggunaannya.

Kemas kini itu menyusuli semakan semula yang menyeluruh ke atas maklumat dan hasil perbincangan Jawatankuasa Penasihat Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC) AS tentang Amalan Pengimunan pada 23 Jun lalu.

Bagi setiap vaksin, kertas fakta untuk penyedia penjagaan kesihatan telah disemak semula untuk memasukkan peringatan bahawa terdapat laporan mengenai peningkatan risiko miokarditis dan perikarditis lebih tinggi, khususnya selepas menerima dos kedua.

Setakat 11 Jun, lebih 1,200 kes miokarditis atau perikarditis dilaporkan kepada Sistem Melapor Insiden Buruk Vaksin Amerika Syarikat (VAERS) daripada sekitar 300 juta dos vaksin mRNA yang diberikan.

Kes-kes tersebut lebih ketara berlaku dalam kaum lelaki dan dalam tempoh seminggu selepas menerima suntikan dos kedua vaksin.

Pusat-Pusat CDC mengesan 309 kes individu bawah 30 tahun yang dibawa ke hospital disebabkan keradangan jantung di mana 295 daripada mereka sudahpun dibenarkan pulang.

Para pengawal selia kesihatan di beberapa negara juga sedang menyiasat kes-kes miokarditis dan perikarditis, yang lebih kerap ditemui dalam kalangan lelaki lebih muda selepas menerima suntikan Pfizer atau Moderna iaitu vaksin-vaksin yang menggunakan teknologi mRNA.

Related posts

Leave a Comment