Kadar Rt Covid-19 kini 0.97

PUTRAJAYA 27 Jun – Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di negara ini berada pada paras 0.97 dengan tujuh negeri mencatatkan kadar melebihi purata kebangsaan.

Melaka mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi dengan 1.06, diikuti Negeri Sembilan (1.04), Pahang (1.02), Selangor (1.00), Sarawak (0.98), Kuala Lumpur dan Kedah kedua-duanya mencatat nilai Rt 0.97.

Negeri-negeri dan wilayah lain berada di bawah nilai Rt kebangsaan.

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu, manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes Covid-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment