187,877 dos suntikan hujung minggu

PUTRAJAYA 27 Jun – Jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama dan dos kedua mencecah 7,226,949 setakat semalam, 26 Jun.

Bagaimanapun jumlah pemberian vaksin dalam tempoh 24 jam lepas menurun sedikit, iaitu sebanyak 187,877 dos.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, jumlah penerima vaksin dos pertama ialah seramai 5,204,993 orang manakala dos kedua, 2,021,956 orang.

Berdasarkan grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV) itu, Sarawak paling tinggi dengan 919,990 penerima dos pertama dan 212,979 penerima dos kedua.

Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 908,820 penerima dos pertama, 170,621 penerima dos kedua dan Selangor dengan 826,502 penerima dos pertama, 268,730 penerima dos kedua.

Johor pula mencatatkan 426,842 penerima dos pertama dan 211,797 penerima dos kedua, manakala Sabah merekodkan 369,047 penerima dos pertama dan 167,017 penerima dos kedua.

Related posts

Leave a Comment