PM akan umum bantuan

KUALA LUMPUR 27 Jun –  Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjang Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Isnin atau Selasa ini.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, bantuan menyeluruh itu dijangka  memanfaatkan lebih 12 juta isi rumah termasuk golongan berpendapatan rendah (B40); berpendapatan pertengahan (M40) dan T20.

“Saya nak sebut di sini (bantuan) kepada B40 dan M40 pun dah tentu dan beberapa kes termasuk seperti moratorium mungkin T20 pun ambil kira tentang keperluan mereka.

“Bantuan ini agak komprehensif jika dibandingkan dengan sebelum ini,” kata Perdana Menteri selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad.

Related posts

Leave a Comment