Selangor kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 27 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang utama kes harian Covid-19 negara yang berjumlah 5,586 hari ini dengan merekodkan 2,212 kes berbanding 2,108 semalam .

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 241,627, satu-satunya negeri yang melepasi 100,000 kes.

Hanya Perlis tidak merekodkan tambahan kes baharu ini selepas mencatatkan empat kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kekal 584.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan angka yang sama seperti semalam iaitu 628 kes diikuti Sarawak 513 (491), Melaka 380 (355), Perak 229 (137), Sabah 190 (189), Kelantan 133 (103) dan Terengganu 16 (29)l

Negeri Sembilan yang merekodkan 741 kes semalam menunjukkan penurunan hari ini dengan 501 kes, diikuti Johor 312 (329), Pulau Pinang 138 (160), Kedah 129 (186), Pahang 118 (220), Wilayah Persekutuan Labuan 83 (99) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 4 (24).

Related posts

Leave a Comment