Vaksin sektor pembinaan 1 Julai

PELABUHAN KLANG 25 Jun – Program pemberian vaksin bagi sektor pembinaan akan bermula 1 Julai depan yang memfokuskan kawasan tapak pembinaan yang beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin, berkata ia akan dilaksanakan dengan penyelarasan bersama Kementerian Kerja Raya. Katanya, pemberian vaksin sektor ini tidak akan mengganggu PICK yang sedang berjalan di seluruh negara. Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Pengangkutan (Maritim) di Dewan Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) di sini hari ini. Khairy berkata,…

Read More

1.742 juta warga emas disuntik vaksin

SEPANG 25 Jun – Seramai 568,282 warga emas melengkapkan dua dos suntikan vaksin sejak fasak kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada April lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun, Katanya, secara keseluruhan, setakat ini 1.742 juta warga emas di seluruh negara menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Menurut beliau, seramai 2.679 juta warga emas mendaftar iaitu 60 peratus daripada 3.2 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas bagi mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Bagaimanapun, masih terdapat kurang daripada satu juta warga emas belum mendaftar dan…

Read More

Virus Covid-19 tersebar lebih awal?

SHANGHAI: Hasil kajian baharu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan virus  penyebab Covid-19 mungkin mula merebak di China seawal Oktober 2019, dua bulan sebelum kes pertama dikesan secara rasmi di bandar Wuhan. Para penyelidik dari Universiti Kent di Britain menggunakan kaedah sains pemuliharaan untuk menganggarkan SARS-CoV-2 mungkin pertama kali muncul antara awal Oktober dengan pertengahan November 2019. Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Patogen PLOS, virus itu mungkin muncul pada 17 November 2019 dan sejak itu ia dianggarkan sudah merebak ke seantero dunia menjelang Januari 2020. Kes pertama yang dilaporkan secara…

Read More

Hotel Orchard didenda, operasi digantung

SINGAPURA 25 Jun – Sebuah hotel di Jalan Orchard di sini didenda $1,000 serta diarah menggantung operasi selama 30 hari selepas pihak berkuasa mendapati ia membenarkan 11 orang berkumpul dalam sebuah bilik bagi menyambut hari lahir. Penggantungan itu yang berkuatkuasa mulai hari ini dikeluarkan oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) selepas para pegawainya menemui 11 individu berkenaan meraikan majlis hari jadi pada 6 Februari lalu. Bagaimanapun, menurut kenyataan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), hotel berkenaan boleh memenuhi tempahan yang sudah dibuat sebelum arahan penggantungan itu dikeluarkan. Ketika kesalahan itu dilakukan, peraturan-peraturan…

Read More

268,604 suntikan vaksin harian

PUTRAJAYA 25 Jun – Sebanyak 268,604 suntikan vaksin direkodkan semalam, angka yang menghampiri sasaran vaksinasi harian yang ditetapkan kerajaan iaitu 300,000 pada bulan Ogos. Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), suntikan itu membabitkan 175,201 dos pertama manakala selebihnya 93,403 dos kedua. Menurut JKJAV, jumlah vaksinasi harian itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara setakat ini adalah 6.823 juta dos. Jumlah kumulatif penerima vaksin dos pertama 4.924 juta (15.1 peratus) manakala mereka yang sudah lengkap dos kedua adalah 1.805 juta (5.8 peratus). Sarawak kini mendominasi penerima vaksin…

Read More

Sekatan pelawat dari Australia

SINGAPURA 25 Jun – Singapura mengenakan sekatan lebih ketat terhadap para pelawat dari New South Wales, Australia mulai 11.59 malam Sabtu ini bagi membendung penularan pandemik Covid-19. Mulai tarikh itu, pelawat jangka pendek yang memegang Pas Perjalanan Udara dengan sejarah perjalanan ke New South Wales sepanjang tempoh 21 hari yang lalu tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura. Rakyat Singapura, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang yang mengunjungi New South Wales dalam tempoh tiga minggu yang lalu akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari di tempat…

Read More

3 juta dos AS kepada Afghanistan

AMERIKA Syarikat akan menyumbangkan tiga juta dos vaksin Johnson and Johnson kepada Afghanistan. Menurut White House, ia sebahagian usaha membantu negara berkenaan memerangi penularan varian Delta. Pengumuman ini dibuat menjelang pertemuan Presiden Joe Biden dengan Presiden Afghanistan Abdullah Ghani. Tiga juta dos untuk Afghanistan ini sebahagian 55 juta dos sumbangan Amerika Syarikat kepada negara-negara lain sebelum ini. Menurut White House, vaksin berkenaan dijangka dihantar seawal hujung minggu ini. Amerika Syarikat turut menyumbang bekalan oksigen dan keperluan lain.

Read More

2.77 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 2.77 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Khamis,  demikian menurut data Johns Hopkins University. China mendahului dengan lebih 1.09 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat sebanyak 320 juta dos manakala India dengan 301 juta dos. Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 85 juta dos adalah Brazil diikuti United Kingdom 76 juta dos. Jerman merekodkan 69 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 juta dos. Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 36 juta dos,  Filipina pula melebihi 8 juta dos,…

Read More

R-naught tunjuk trend peningkatan

PUTRAJAYA 25 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatatkan trend meningkat untuk tiga hari berturut-turut. Angka itu naik ke paras 0.98 pada Khamis berbanding 0.97 pada hari sebelumnya. Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan dengan 1.06, kadar R-naught tertinggi diikuti Sarawak dengan 1.0. Lain-lain negeri mencatatkan kadar lebih rendah dari purata kebangsaan termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Labuan, Melaka, Kedah, Johor, Sabah, Perak dan Pahang. Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Kelantan dan Terengganu mencatatkan kadar purata bawah 0.9 Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun…

Read More