3 juta dos AS kepada Afghanistan

AMERIKA Syarikat akan menyumbangkan tiga juta dos vaksin Johnson and Johnson kepada Afghanistan.

Menurut White House, ia sebahagian usaha membantu negara berkenaan memerangi penularan varian Delta.

Pengumuman ini dibuat menjelang pertemuan Presiden Joe Biden dengan Presiden Afghanistan Abdullah Ghani.

Tiga juta dos untuk Afghanistan ini sebahagian 55 juta dos sumbangan Amerika Syarikat kepada negara-negara lain sebelum ini.

Menurut White House, vaksin berkenaan dijangka dihantar seawal hujung minggu ini.

Amerika Syarikat turut menyumbang bekalan oksigen dan keperluan lain.

Related posts

Leave a Comment