1.742 juta warga emas disuntik vaksin

SEPANG 25 Jun – Seramai 568,282 warga emas melengkapkan dua dos suntikan vaksin sejak fasak kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) pada April lalu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun,

Katanya, secara keseluruhan, setakat ini 1.742 juta warga emas di seluruh negara menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin

Menurut beliau, seramai 2.679 juta warga emas mendaftar iaitu 60 peratus daripada 3.2 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas bagi mendapatkan suntikan vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Bagaimanapun, masih terdapat kurang daripada satu juta warga emas belum mendaftar dan kementerian menggerakkan sukarelawan bergerak dari rumah ke rumah bagi membantu mereka mendaftar.

Related posts

Leave a Comment