Virus Covid-19 tersebar lebih awal?

SHANGHAI: Hasil kajian baharu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan virus  penyebab Covid-19 mungkin mula merebak di China seawal Oktober 2019, dua bulan sebelum kes pertama dikesan secara rasmi di bandar Wuhan.

Para penyelidik dari Universiti Kent di Britain menggunakan kaedah sains pemuliharaan untuk menganggarkan SARS-CoV-2 mungkin pertama kali muncul antara awal Oktober dengan pertengahan November 2019.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Patogen PLOS, virus itu mungkin muncul pada 17 November 2019 dan sejak itu ia dianggarkan sudah merebak ke seantero dunia menjelang Januari 2020.

Kes pertama yang dilaporkan secara rasmi di China adalah pada Disember 2019 dan p dikaitkan dengan pasar makanan laut Huanan di Wuhan.

Bagaimanapun sebilangan kes awal tidak diketahui sama ada ia berkaitan dengan Huanan. Ini bermakna SARS-CoV-2 sudahpun merebak sebelum ia sampai ke pasar itu.

Kajian bersama yang diterbitkan China dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada hujung Mac menunjukkan bahawa mungkin terdapat jangkitan manusia yang berlaku sekali-sekala sebelum penularan dilaporkan di Wuhan.

Dalam satu kajian yang dikeluarkan minggu ini, Dr Jessie Bloom dari Pusat Penyelidikan Barah Fred Hutchinson di Seattle menemui data penjujukan terhapus daripada kes-kes awal Covid-19 di China yang sebelum ini sudah dipadamkan.

Data itu menunjukkan bahawa sampel-sampel yang diambil dari pasar Huanan “tidak mewakili” SARS-CoV-2 secara penuh dan ia juga merupakan varian penjujukan asal yang sudahpun merebak sebelum itu ke kawasan-kawasan lain di China.

Menurut para pengkritik, pemadaman data itu adalah bukti lanjut yang menunjukkan China cuba merahsiakan asal usul Covid-19.

Related posts

Leave a Comment