2.77 bilion dos vaksin disuntik

LEBIH 2.77 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga Khamis,  demikian menurut data Johns Hopkins University.

China mendahului dengan lebih 1.09 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan diikuti Amerika Syarikat sebanyak 320 juta dos manakala India dengan 301 juta dos.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 85 juta dos adalah Brazil diikuti United Kingdom 76 juta dos.

Jerman merekodkan 69 juta dos, Perancis dan Itali masing-masing melebihi 48 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan 36 juta dos,  Filipina pula melebihi 8 juta dos, Malaysia  lebih 6.3 juta dos dan Singapura dengan lebih 5 juta dos.

Related posts

Leave a Comment