R-naught tunjuk trend peningkatan

PUTRAJAYA 25 Jun – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) Covid-19 di Malaysia mencatatkan trend meningkat untuk tiga hari berturut-turut.

Angka itu naik ke paras 0.98 pada Khamis berbanding 0.97 pada hari sebelumnya.

Dua negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan iaitu Negeri Sembilan dengan 1.06, kadar R-naught tertinggi diikuti Sarawak dengan 1.0.

Lain-lain negeri mencatatkan kadar lebih rendah dari purata kebangsaan termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Labuan, Melaka, Kedah, Johor, Sabah, Perak dan Pahang.

Perlis, Pulau Pinang, Putrajaya, Kelantan dan Terengganu mencatatkan kadar purata bawah 0.9

Setakat ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Related posts

Leave a Comment