Sekatan pelawat dari Australia

SINGAPURA 25 Jun – Singapura mengenakan sekatan lebih ketat terhadap para pelawat dari New South Wales, Australia mulai 11.59 malam Sabtu ini bagi membendung penularan pandemik Covid-19.

Mulai tarikh itu, pelawat jangka pendek yang memegang Pas Perjalanan Udara dengan sejarah perjalanan ke New South Wales sepanjang tempoh 21 hari yang lalu tidak akan dibenarkan masuk ke Singapura.

Rakyat Singapura, Penduduk Tetap (PR) dan pemegang pas jangka panjang yang mengunjungi New South Wales dalam tempoh tiga minggu yang lalu akan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari di tempat kediaman mereka.

Kementerian Kesihatan (MoH) dalam kenyataan semalam berkata,  mereka juga akan menjalani ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sebaik tiba di Singapura dan sebelum mereka selesai menjalani tempoh SHN.

Bagi pelawat dengan sejarah perjalanan ke Victoria di Australia sepanjang tempoh 21 hari yang lalu pula akan menjalani ujian PCR sebaik tiba di Singapura, menggantikan SHN selama tujuh hari.

Mulai 11.59 malam pada Sabtu ini, pelawat-pelawat sedemikian yang diuji negatif boleh melakukan kegiatan-kegiatan seperti biasa di Singapura.

Bagi para pelawat jangka panjang dengan sejarah perjalanan dari Victoria dalam tempoh tiga minggu yang lalu pula kini boleh membuat pendaftaran bagi Pas Perjalanan Udara untuk memasuki Singapura pada atau selepas 1 Julai.

Related posts

Leave a Comment