Saudi catat 1,218 kes baharu

RIYADH 27 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,218 kes baharu Covid-19 serta 15 pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 483,221 kes dan 7,775 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 1,252 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 464,256 orang telah pulih. Makkah merekodkan kes harian tertinggi dengan 369 kes diikuti Riyadh 255, Timur  206, dan Asir 140. Sebanyak 11,190 kes aktif direkodkan dan 1,440 dalam keadaan kritikal.

Read More

Fasa Satu PKP kekal dalam PPN

KUALA LUMPUR 27 Jun – Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh di Malaysia dikekalkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) sehingga tiga indikator (petunjuk) nilai ambang utama dicapai. Tiada tarikh akhir fasa satu perlu ditamatkan tetapi ditetapkan mengikut Indikator nilai ambang yang digariskan sebelum ini. Petunjuk atau indikator tersebut ialah purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes, kadar penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) pada paras sederhana serta kadar vaksinasi populasi yang menerima dua dos mencapai 10 peratus. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata peralihan daripada Fasa…

Read More

Kelonggaran fasa pertama bermula

KUALA LUMPUR 27 Jun – Mulai esok, Isnin semua premis kedai makan dan restoran boleh memulakan perniagaan seawal pukul 6 pagi hingga 10 malam berbanding ketika ini mulai pukul 8 pagi hingga 8 malam. Berdasarkan pengalaman lalu, kelonggaran seumpama itu sudah dijangka dan kemungkinan ada lagi yang akan ‘dilonggarkan’. Pengumuman kelonggaran itu dibuat oleh Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob menjelang hari terakhir fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dijadualkan berakhir esok. Bagaimanapun, fasa pertama PKP 3.0 yang kini disebut fasa pertama Pelan Pemulihan Negara dilanjutkan lagi sehingga ke…

Read More

Angka Indonesia terus meningkat

JAKARTA 27 Jun – Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat apabila jumlah yang direkodkan hari ini mencecah 21,342, angka tertinggi mengatasi jumlah yang direkodkan semalam sebanyak 21,095. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini 2,115,304 dengan kes aktif pula bertambah sebanyak 12,909 menjadikan 207,685 kes (9,8%). Pada masa yang sama, kes sembuh bertambah sebanyak 8,024 orang menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 1,850,481 orang. Jumlah kematian juga meningkat apabila 409 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 57,138 orang. Jakarta merekodkan kes positif tertinggi iaitu…

Read More

Filipina tambah 6,096 kes

MANILA 27 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 6,096 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,397,992. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 6,912 kes sembuh dilaporkan yang membawa kepada jumlah pesakit pulih meningkat kepada 1,321,050 atau 94.5 peratus. Bagi tempoh yang sama, kes pesakit meninggal dunia turut meningkat kepada 24,372 orang termasuk 128 kematian yang dilaporkan hari ini. Kes aktif pula 52,570.

Read More

14 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 27 Jun – Singapura melaporkan 12 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan dua kes import setakat tengah hari ini. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 62,544 dengan 36 kematian termasuk satu kes semalam melibatkan seorang wanita. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), 11 kes baharu dalam masyarakat mempunyai hubung kait dengan jangkitan lalu. Dalam kalangan 11 kes baharu yang berhubung kait dengan kes-kes terdahulu, 10 sudahpun dikuarantin manakala lagi satu dikesan melalui pengawasan. Dua kes import pula, salah seorang penduduk tetap yang baru pulang ke sini. telah dikenakan Notis Jangan Keluar (SHN)…

Read More

Kes harian kekal 5,000

PUTRAJAYA 27 Jun – Menjelang hari terakhir fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), jumlah jangkitan harian Covid-19 tidak berganjak dari paras 5,000 apabila merekodkan 5,586 kes baharu hari ini. Pertambahan itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes melibatkan virus itu dalam negara adalah sebanyak 734,048. Sebanyak 5,583 kes tempatan dilaporkan iaitu melibatkan 4,186 warganegara dan 1,397 bukan warganegara sementara tiga kes import adalah seorang warganegara dan dua bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 60 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,944 orang meninggal dunia. Selangor merekodkan…

Read More

3,995 kes baharu di Thailand

BANGKOK 27 Jun – Thailand merekodkan 42 lagi pesakit meninggal dunia dan 3,995 kes jangkitan baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,912 kematian dan 244,447 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 3,950 kes melibatkan orang awam termasuk 35 kes import dan 45 lagi kes banduan di penjara. Bangkok merekodkan kes harian dan kematian tertinggi iaitu 1,370 kes dan 27 lagi meninggal dunia. Dua kematian masing-masing direkodkan di Chachoengsao, Nakhon Pathom dan Pathumthani manakala satu kematian di Phetchaburi, Chon Buri, Nakhon Ratchasima, Nonthaburi, Prachin Buri, Pattani, Yala, Udon Thani…

Read More

Brunei tambah dua kes baharu

BANDAR SERI BEGAWAN 26 Jun – Dua lagi kes import Covid-19 dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 259 orang. Ini menjadikan jumlah kes import yang dicatatkan setakat ini adalah 118 manakala kes jangkitan tempatan terakhir direkodkan pada 6 Mei 2020. Menurut Kementerian Kesihatan, kedua-dua kes melibatkan ketibaan individu dari Indonesia pada 13 Jun lalu. Kes 258 ialah seorang lelaki berumur 38 tahun yang tiba dari Indonesia melalui Singapura dan mengalami sakit tekak selama lima hari, batuk dan hilang deria rasa sejak 20 Jun 2021.  Manakala Kes 259 ialah seorang perempuan berumur…

Read More

Selangor kekal penyumbang utama

PUTRAJAYA 27 Jun – Selangor terus menjadi penyumbang utama kes harian Covid-19 negara yang berjumlah 5,586 hari ini dengan merekodkan 2,212 kes berbanding 2,108 semalam . Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 241,627, satu-satunya negeri yang melepasi 100,000 kes. Hanya Perlis tidak merekodkan tambahan kes baharu ini selepas mencatatkan empat kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kekal 584. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula mencatatkan angka yang sama seperti semalam iaitu 628 kes diikuti Sarawak 513 (491), Melaka 380 (355), Perak 229 (137), Sabah 190 (189), Kelantan 133 (103)…

Read More