Lebih 100,000 minta sokongan emosi

PUTRAJAYA 25 Jun – Sebanyak 122,328 panggilan meminta bantuan sokongan emosi dan kauseling direkodkan menerusi Talian Bantuan Sokongan Psikososial Kementerian Kesihatan (KKM) sejak awal tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah itu direkodkan bermula 1 Januari sehingga 18 Jun lepas dan sebanyak 109,806 panggilan atau 89.4 peratus daripadanya berkait rapat dengan isu-isu psikologi kesan daripada pelbagai masalah sosial akibat pandemik Covid-19. Antara masalah yang dilaporkan ialah kehilangan punca pekerjaan dan pendapatan, kehilangan tempat bergantung, pergaduhan antara ahli keluarga dan masalah rumah tangga seperti pertengkaran, perpisahan, penceraian…

Read More

Kes baharu di India 51,667

NEW DELHI: Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 30,134,445 pada Jumaat, selepas menambah 51,667 lagi kes baharu sepanjang 24 jam. Angka kematian mencecah 393,310 apabila 1,321 lagi pesakit meninggal dunia sejak pagi Khamis. Masih terdapat 612,868 kes aktif di negara ini, dengan penurunan sebanyak 14,189 kes. Sejak pandemik itu melanda negara ini sejumlah 29,128,267 pesakit dibenarkan keluar hospital dengan yang terbaru seramai 64,527 orang.

Read More

Arab Saudi catat 1,312 kes baharu

RIYADH 25 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,312 kes baharu Covid-19 dengan 13 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 480,702 kes dan 7,743 kematian Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,290 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 461,628 orang. Kes aktif pula 11,331 dan 1,466 dalam keadaan kritikal. Makkah merekodkan kes positif tertinggi iaitu 373 diikuti Riyadh 233, daerah Timur 214, Asir 155, Jazan 104 dan Madinah 71. Bagi program vaksinasi pula, setakat Khamis, lebih 17, 014, 811 dos vaksin sudah…

Read More

Kes baharu 18,872 di Indonesia

JAKARTA 25 Jun – Selepas merekodkan 20,574 kes jangkitan Covid-19 semalam, angka tertinggi sejak pandemik diumumkan pada 2 Mac 2020, Indonesia hari ini melaporkan 18,872 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan 2,072,867 kes. Untuk rekod, sebelum jumlah tertinggi semalam, Indonesia merekodkan kes harian tertinggi pada 21 Jun sebanyak 14,536 kes dan 15,308 pada 23 Jun. Kes sembuh pula merekodkan 8,557 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 1,835,061 orang manakala 422 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,371 kematian. Lima wilayah merekodkan kes harian tertinggi didahului Jakarta yang merekodkan…

Read More

Kekal melebihi 5,000 kes harian

PUTRAJAYA 25 Jun – Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini kekal melebihi 5,000 kes untuk tempoh tiga hari berturut-turut dengan merekodkan 5,812 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 722,659 kes. Semalam, Malaysia merekodkan 5,841 kes dan sebelum itu 5,244. Kes baharu hari ini melibatkan 5,780 kes tempatan yang meliputi 4,214 warganegara dan 1,566 bukan warganegara manakala kes import pula sebanyak 32 orang iaitu 17 warganegara dan 15 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan jumlah kematian pula 82 orang iaitu 71 warganegara dan 11 bukan…

Read More

116 kematian di Filipina

MANILA 25 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 6,812 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,385,053 kes. Setakat pukul 4 petang ini, Filipina merekodkan 116 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 24,152 kematian. Kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 2,867 lagi pesakit dilaporkan pulih sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,305,608 orang atau 94.3 peratus. Sebanyak 55,293 atau 4.0 peratus adalah kes aktif.

Read More

44 kematian, 3,644 kes di Thailand

BANGKOK 25 Jun – Thailand merekodkan 44 kematian baharu akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,819 dengan jumlah kes pula meningkat kepada 236,291 berikutan tambahan kes baharu sebanyak 3,644. Daripada 3,644 kes itu, sebanyak 3,482 kes melibatkan orang awam termasuk 31 kes import dan bakinya 162 orang banduan. Sebanyak 1,751 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 193,106 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan mereka yang berusia antara 29 hingga 92 tahun dan terdiri daripada 26 lelaki, 42 orang…

Read More

Singapura lapor 20 kes harian

SINGAPURA 25 Jun – Singapura melaporkan 20 kes baharu jangkitan Covid-19 yang melibatkan 15 kes dalam masyarakat dan lima kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,513 kes dengan 35 kematian. Menurut Kementerian Kesihatan, tiga daripada 15 kes masyarakat itu tiada hubung kait dengan kes jangkitan terdahulu. Bagi 12 kes jangkitan dalam masyarakat yang terkait dengan kes-kes terdahulu, empat telah dikuarantin dan lapan dikesan menerusi ujian pemantauan. Sementara itu lima kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Empat daripada kes…

Read More

Takut vaksinasi kerana durian?

TAPAH 25 Jun – “Tidak termaktub dalam buku perubatan tidak boleh makan durian selepas cucuk (vaksin),” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, yang merujuk berita tular berkaitan kematian akibat makan durian selepas vaksinasi. Beliau berkata makan durian sama ada sebelum atau selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tidak memberi kesan sampingan kepada seseorang individu. “Ini tidak betul, yang betulnya kita tidak boleh makan benda (makanan) terlalu manis. Itu yang (boleh membawa) masalah kepada kesihatan. “Jadi, tular (hantaran mendakwa seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas menerima vaksin) adalah…

Read More

Naik turun kes harian

PUTRAJAYA 25 Jun – Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan Covid-19 hari ini sementara  enam negeri menunjukkan peningkatan berbanding semalam dengan Selangor kekal menjadi penyumbang kes terbesar. Daripada 5,812 kes seluruh negara, Selangor menyumbang 2,187 kes berbanding 2,072 semalam dan satu-satunya negeri yang merekodkan lebih 2,000 kes. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 771 kes berbanding 552 semalam diikuti  Sarawak 673 (581), Pulau Pinang 270 (108) dan Terengganu 46 (29). Sementara negeri yang merekodkan penurunan kes adalah Negeri Sembilan yang mencatatkan 658 kes, berbanding 781 semalam, Melaka…

Read More