Naik turun kes harian

PUTRAJAYA 25 Jun – Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan Covid-19 hari ini sementara  enam negeri menunjukkan peningkatan berbanding semalam dengan Selangor kekal menjadi penyumbang kes terbesar.

Daripada 5,812 kes seluruh negara, Selangor menyumbang 2,187 kes berbanding 2,072 semalam dan satu-satunya negeri yang merekodkan lebih 2,000 kes.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan dengan merekodkan 771 kes berbanding 552 semalam diikuti  Sarawak 673 (581), Pulau Pinang 270 (108) dan Terengganu 46 (29).

Sementara negeri yang merekodkan penurunan kes adalah Negeri Sembilan yang mencatatkan 658 kes, berbanding 781 semalam, Melaka 223 (247), Johor 196 (346), Kedah 186 (271) dan Sabah 156 (203).

Pahang 139 (162), Wilayah Persekutuan Labuan 123 (212), Kelantan 98 (135), Perak 72 (120) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Related posts

Leave a Comment