116 kematian di Filipina

MANILA 25 Jun – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini mencatatkan 6,812 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,385,053 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, Filipina merekodkan 116 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 24,152 kematian.

Kes pesakit sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 2,867 lagi pesakit dilaporkan pulih sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sembuh 1,305,608 orang atau 94.3 peratus.

Sebanyak 55,293 atau 4.0 peratus adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment