Singapura lapor 20 kes harian

SINGAPURA 25 Jun – Singapura melaporkan 20 kes baharu jangkitan Covid-19 yang melibatkan 15 kes dalam masyarakat dan lima kes import setakat pukul 12 tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,513 kes dengan 35 kematian.

Menurut Kementerian Kesihatan, tiga daripada 15 kes masyarakat itu tiada hubung kait dengan kes jangkitan terdahulu.

Bagi 12 kes jangkitan dalam masyarakat yang terkait dengan kes-kes terdahulu, empat telah dikuarantin dan lapan dikesan menerusi ujian pemantauan.

Sementara itu lima kes import sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.

Empat daripada kes import itu  adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap (PR).

Related posts

Leave a Comment