Arab Saudi catat 1,312 kes baharu

RIYADH 25 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,312 kes baharu Covid-19 dengan 13 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 480,702 kes dan 7,743 kematian

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, sebanyak 1,290 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 461,628 orang.

Kes aktif pula 11,331 dan 1,466 dalam keadaan kritikal.

Makkah merekodkan kes positif tertinggi iaitu 373 diikuti Riyadh 233, daerah Timur 214, Asir 155, Jazan 104 dan Madinah 71.

Bagi program vaksinasi pula, setakat Khamis, lebih 17, 014, 811 dos vaksin sudah disuntik melalui 587 pusat vaksinasi seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment