44 kematian, 3,644 kes di Thailand

BANGKOK 25 Jun – Thailand merekodkan 44 kematian baharu akibat Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,819 dengan jumlah kes pula meningkat kepada 236,291 berikutan tambahan kes baharu sebanyak 3,644.

Daripada 3,644 kes itu, sebanyak 3,482 kes melibatkan orang awam termasuk 31 kes import dan bakinya 162 orang banduan.

Sebanyak 1,751 pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 193,106 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), kematian melibatkan mereka yang berusia antara 29 hingga 92 tahun dan terdiri daripada 26 lelaki, 42 orang warganegara Thai dan selebihnya warga Myanmar dan Laos.

Sebahagian besar mangsa juga mempunyai penyakit kronik termasuk darah tibggi dan kencing manis.

Bangkok mendahului jumlah kematian dengan 20 kes diikuti Samut Prakan 12, masing-masing dua di Yala dan Saraburi, masing-masing satu di Kanchanaburi, Prachin Buri, Chanthaburi, Samut Sakhon, Suphan Buri, Pattani, Nakhon Sawan dan Chon Buri.

Bangkok juga terus mendahului wilayah lain dengan merekodkan kes harian tertinggi iaitu 1,142, diikuti Samut Sakhon 295, Yala 215, Pathum Thani 192, Samut Prakan 186, Chon Buri 183, Nonthaburi 157, Songkhla 134, Nakhon Pathom 119 dan Pattani 79.

Bagi kes import pula, 28 melibatkan ketibaan dari Kemboja dan bakinya dari Rusia, Malaysia dan Myanmar.

Setakat semalam, sebanyak 41,366 orang sedang menerima rawatan Covid-19 di hospital dengan 1,603 kritikal dan 460 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu jumlah kumulatif vaksinasi adalah 8,657,423 di mana 6,206,353 untuk dos pertama dan 2,451,070 dilengkapi dua dos.

Related posts

Leave a Comment