Kes baharu 18,872 di Indonesia

JAKARTA 25 Jun – Selepas merekodkan 20,574 kes jangkitan Covid-19 semalam, angka tertinggi sejak pandemik diumumkan pada 2 Mac 2020, Indonesia hari ini melaporkan 18,872 kes positif menjadikan jumlah keseluruhan 2,072,867 kes.

Untuk rekod, sebelum jumlah tertinggi semalam, Indonesia merekodkan kes harian tertinggi pada 21 Jun sebanyak 14,536 kes dan 15,308 pada 23 Jun.

Kes sembuh pula merekodkan 8,557 menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang pulih meningkat kepada 1,835,061 orang manakala 422 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 56,371 kematian.

Lima wilayah merekodkan kes harian tertinggi didahului Jakarta yang merekodkan 6,934 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lebih setengah juta kes iaitu 501,396 orang dengan jumlah kematian 8,177 orang.

Ini diikuti Jawa Barat yang mencatatkan sebanyak 3,846 kes dan kumulatifnya 360,528, Jawa Tengah 2,118 (241,936), Jawa Timur 975 (167,806) dan Yogyakarta 783 (56,246).

Bagi kes sembuh pula Jakarta menambah 2,571 orang dan kumulatifnya 448.021, Jawa Tengah 1.949  (201.362), Jawa Barat 1.260 (317.399), Jawa Timur 509 (148,773) dan Riau 299 (64.269). 

Jawa Tengah merekodkan kematian tertinggi harian iaitu 103 dan kumulatifnya 10.252 orang diikuti Jawa Barat 84 (4,910), Jakarta 69 (8,067), Jawa Timur 52 (12,239) dan Yogyakarta 16 (1,438).

Sementara itu, 552,594 orang lagi mendapat suntikan vaksin dan ini meningkatkan lagi jumlah penerima melebihi 25 juta orang atau 25,482,036. Setakat ini 12,912,623 orang telah melengkapkan dua dos suntikan.

Related posts

Leave a Comment