Kluster hari jadi catat 19 kes

KOTA KINABALU 21 Jun – Kluster hari jadi dan kluster tempat kerja direkodkan di Sabah hari ini yang turut menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes  hari ini sebanyak 166. Dua kluster berkenaan adalah Kluster Samedra, Kota Kinabalu dan Kluster Serudung Baru, Tawau. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun Kluster Samedra, melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan di sebuah pelantar minyak. Menurut satu kenyataan malam ini, kes indeks merupakan penyelia lelaki 35, yang mula bergejala sejak 12 Jun, sebelum disahkan positif Covid-19 hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di…

Read More

1,212 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,212 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 475,403 kes. Pada masa yang sama, sebanyak 14 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 7,691 orang meninggal dunia akibat Covid-19. Kes sembuh pula meningkat kepada 457,128 orang termasuk 1,510 kes pulih yang  dilaporkan hari ini. Sementara itu, Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 376 diikuti Riyadh 233, Wilayah Timur 224 dan wilayah Asir 103. Terdapat 10,584 kes aktif dan 1,489 dalam keadaan kritikal.

Read More

Covid-19 : Kes sporadik masih tinggi

PUTRAJAYA 21 Jun – Kes sporadik masih berada pada peratusan yang agak tinggi iaitu 69 peratus atau 398,846 kes sehingga Minggu Epidemiologi ke-54, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah. Untuk rekod, dari 1 Januari 2021 hingga 19 Jun 2021 (Minggu Epidemiologi (ME) ke-24/2021), Malaysia merekodkan 578,105 kes Covid-19. Tambahnya, Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatat kes sporadik, iaitu sebanyak 151,725 kes atau 38 peratus, diikuti Kuala Lumpur 44,517 kes (11.2 peratus), dan Sarawak 44,889 kes (10.3 peratus) Tiga daerah tertinggi yang mencatat kes sporadik tertinggi adalah di Lembah Klang…

Read More

Lonjakan di Indonesia, kini 2 juta kes

JAKARTA 21 Jun  – Indonesia terus mencatatkan lonjakan kes Covid-19 dengan merekodkan 14,536 kes,  tertinggi sejak pandemik diumumkan 2 Mac 2020 dan pada masa yang sama menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 2,004,445 kes. Semalam sebanyak 13,737 kes harian direkodkan dan angka tertinggi yang pernah diisytiharkan sebelum ini adalah 14,518 pada 30 Januari dan 14,224 pada 16 Januari Kes aktif yang masih memerlukan rawatan pula adalah sebanyak 147,728. Pada masa yang sama jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan apabila 294 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah kematian 54,956 orang. Bagi kes…

Read More

5,249 kes baharu di Filipina

MANILA 21 Jun – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan 5,249 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,364,239 kes. Setakat pukul 5 petang ini, sebanyak 128 pesakit dilaporkan meninggal dunia yan membawa kepada jumlah keseluruhan 23,749 meninggal dunia. Kes sembuh pula meningkat kepada 1,284,643 orang atau 94.2 peratus apabila 7,053 lagi pesakit dilaporkan pulih. Kes aktif pula sebanyak 55,847 atau 4.1 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, setakat semalam, sebanyak 8,407,342 dos telah disuntik yang melibatkan 6,253,400 bagi dos pertama dan 2,153,942 melengkapi dua dos.

Read More

Singapura catat 16 kes baharu

SINGAPURA 21 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan tiga kes import hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,430. Menurut Kementerian Kesihatan, setakat 12 tengah hari ini, tiada kes baharu dilaporkan di asrama pekerja. Daripada 13 kes dalam masyarakat, lima kes tidak ada hubung kat dengan kes-kes terdahulu. Lapan kes yang lain terkait dengan kes-kes sebelum ini di mana lima daripadanya dikenakan kuarantin dan tiga lagi dikesan melalui ujian pemantauan. Sementara itu tiga kes import yang dilaporkan, kesemuanya adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang sudahpun…

Read More

Kes rendah, kumulatif lepasi 700,000

PUTRAJAYA 21 Jan – Sebanyak 4,611 kes positif baharu Covid-19 dicatatkan dalam tempoh 24 jam, kes terendah sejak pertengahan Mei lalu. Dengan pertambahan kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 itu melepasi 700,000 kes iaitu 701,019. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 69 kematian direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 4,477.  Kematian  hari ini melibatkan 24 kes di Selangor, 11 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan di Negeri Sembilan, tujuh di Johor,masing-masing empat di Kelantan dan Wilayah Persekutuan Labuan, tiga  di Kedah, masing-masing dua di Terengganu, Sabah, dan Sarawak, serta satu di…

Read More

Masih ada kenaikan kes

PUTRAJAYA 21 Jun – Walaupun kes jangkitan harian peringkat negara hari ini turun kepada 4,611, terendah sejak pertengahan Mei lalu tetapi kebanyakan negeri terus menunjukkan peningkatan kes. Selangor masih mendahului negeri-negeri lain walaupun kadar kes positif turun kepada 1,346 berbanding 1,680 semalam. Sarawak antara negeri yang merekodkan kenaikan kes walaupun kecil iaitu sebanyak 682 berbanding 661 semalam sementara Perak 453 (205), Kelantan 219 (167), Melaka 205 (183), Kedah 182 (170), Sabah 166 (163), Terengganu 18 (12), Wilayah Persekutuan Putrajaya 15 (4). Merekodkan penurunan kes adalah Negeri Sembilan yang mencatatkan 437…

Read More

Thailand catat 3,175 kes baharu

BANGKOK 21 Jun – Sebanyak 3,175 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini dengan jumlah kematian pula 29 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 221,306 dan kematian pula meningkat kepada 1,658 orang. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 3,130 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 140 kes berkaitan dengan penjara manakala 45 lagi adalah kes import. Kes sembuh pula meningkat kepada 185,789  berikutan 2,030 lagi pesakit sembuh manakala 33,859 orang masih menerima rawatan. Sebanyak 17 kematian dilaporkan di Bangkok, enam di Samut Prakan, dua di Pathum…

Read More