1,212 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Jun – Arab Saudi merekodkan 1,212 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan 475,403 kes.

Pada masa yang sama, sebanyak 14 kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 7,691 orang meninggal dunia akibat Covid-19.

Kes sembuh pula meningkat kepada 457,128 orang termasuk 1,510 kes pulih yang  dilaporkan hari ini.

Sementara itu, Makkah merekodkan kes harian tertinggi iaitu 376 diikuti Riyadh 233, Wilayah Timur 224 dan wilayah Asir 103.

Terdapat 10,584 kes aktif dan 1,489 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment