Singapura catat 16 kes baharu

SINGAPURA 21 Jun – Singapura melaporkan 13 kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan tiga kes import hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,430.

Menurut Kementerian Kesihatan, setakat 12 tengah hari ini, tiada kes baharu dilaporkan di asrama pekerja.

Daripada 13 kes dalam masyarakat, lima kes tidak ada hubung kat dengan kes-kes terdahulu.

Lapan kes yang lain terkait dengan kes-kes sebelum ini di mana lima daripadanya dikenakan kuarantin dan tiga lagi dikesan melalui ujian pemantauan.

Sementara itu tiga kes import yang dilaporkan, kesemuanya adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR) yang sudahpun dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment