KDM tanding 40 kerusi, 3 akan ‘dipertahankan’

KOTA KINABALU 13 Nov. – Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mengumumkan senarai 39 calon, yang melibatkan sekitar 70 peratus muka baharu, dengan 30 peratus daripadanya merupakan calon muda.

Timbalan Presidennya,  Wetrom Bahanda berkata, seorang lagi calon akan diumumkan esok iaitu untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong menjadikan jumlah calon seramai 40 orang.

“Semua calon kita terdiri daripada profesional, ahli akademik, ada yang berniaga dan ada orang baharu berusia 27 tahun iaitu pemangku Presiden, Priscella Peter serta ada juga orang berpengalaman.

Jadi calon-calon kita mencakupi semua kategori atau semua pihak. Saya melihat bahawa mereka ini memenuhi kriteria di tempat masing-masing dan inilah yang telah dicadangkan oleh rakyat di kawasan masing-masing,” katanya selepas majlis pengumuman senarai calon dan pelancaran manifesto di sini, hari ini.

Turut dicalonkan bekas Pengerusi DAP Sabah, Frankie Poon Ming Fung yang akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya atas tiket DAP di DUN Tanjung Papat, sejak 2018.

Dalam pada itu, Wetrom menafikan dakwaan bahawa keputusan beliau tidak mempertahankan kerusi Bandau dibuat bagi memberi laluan kepada adiknya,  Redonah, yang dinamakan sebagai calon bagi kerusi tersebut oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau sebaliknya berkata, keputusan untuk bertanding di DUN Matunggong dibuat kerana hasratnya sejak sekian lama untuk berbakti di kawasan tersebut, yang pernah diumumkan sebagai kerusi yang akan ditandinginya suatu ketika dahulu.

“Saya kena bergerak di Matunggong sebab dari dulu, kalau kamu ingat pada tahun 2018 saya telah diumumkan calon di kawasan tersebut oleh Barisan Nasional (BN) dan hasrat saya memang ingin berbakti.

“Jadi kali ini bila ada peluang untuk saya bertanding, maka saya kembali di Matunggong. Tidak ada isu saya memberi peluang kepada adik saya atau isu lain tetapi saya ingin balik di Matunggong dan rakyat minta saya untuk balik di sana serta berbakti di Matunggong,” jelasnya.

Sementara itu, Priscella akan mempertahankan kerusi kerusi DUN Melalap, yang sebelum ini disandang oleh bapanya, Datuk Peter Anthony, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 4 Mac lalu.

Sebagai pendatang baharu dalam politik, Priscella mengakui sokongan yang diterimanya hari ini banyak datang daripada penyokong bapanya.

Turut dicalonkan penyanyi dan pelakon terkenal Sabah, Abu Bakar Ellah atau dikenali sebagai Ampal bagi kerusi DUN Kuamut yang pernah ditandinginya pada tahun 2004 atas tiket Bebas.

Berikut senarai 39;calon yang diumumkan

1. N02 Bengkoka – Rahim@Richard Mazagi

2. N03 Pitas – Abdul Hamid Kimin

3. N05 Matunggong – Wetrom Bahanda

4. N06 Bandau – Jaiping Minsu

5. N07 Tandek – Benson Tuyundo

6. N08 Pintasan – Datuk Almudin Kaida

7. N09 Tempasuk – John Samud

8. N11 Kadamaian – Josley Taising

9. N13 Pantai Dalit – Jaesman@Jaess Gipin

10. N14 Tamparuli  – Dr Gaim James Lunkapis

11. N15 Kiulu – Henry Soimpon

12. N17 Darau-  Nordin Thani

13. N18 Inanam – Jos@George Guntarik

14. N23 Petagas – Adelaide Cornelius

15. N24 Tanjung Keramat – Suarah@Segarah Miasin

16. N25 Kapayan – Dr Edwin@Jack Bosi

17. N26 Moyog – Mckery Victor Ninin

18. N27 Limbahau –  Malik Luman

19. N29 Pantai Manis – Datu Mohamad Datu Tamin

20. N30 Bongawan- Peter Matinjal

21. N31 Klias – Mohd Ariffin Barhim

22. N34 Lumadan – Abd Jarih Okin

23. N35 Sindumin – Sani Maisin

24. N36 Kundasang – Jattry Abie @Jeffry Mohd Ali

25. N37 Karanaan – Karim Adam

26. N38 Paginatan – Rusdin@Musidi Riman

27. N39 Tambunan -Jaikol Tagua

28. N40 Bingkor – Niklos Ongoh

29. N41 Liawan – Peter Paun

30. N42 Melalap – Priscella Peter

31. N44 Tulid – Aisat Ellik Igau Iggau

32. N46 Nabawan – Jelerison Kilan

33. N47 Telupid – Nilis Joseph

34. N49 Labuk – Marx Henry Lim                         

35. N54 Karamuting – Chew Kok Woh

36. N55 Elopura – Liau Fui Fui

37. N56 Tanjong Papat – Datuk Poon Ming Fung

38. N57 Kuamut – Abu Bakar Ellah             

39. N69 Sri Tanjong – Ricky Hong Chee Kiong

Related posts

Leave a Comment