Masih ada kenaikan kes

PUTRAJAYA 21 Jun – Walaupun kes jangkitan harian peringkat negara hari ini turun kepada 4,611, terendah sejak pertengahan Mei lalu tetapi kebanyakan negeri terus menunjukkan peningkatan kes.

Selangor masih mendahului negeri-negeri lain walaupun kadar kes positif turun kepada 1,346 berbanding 1,680 semalam.

Sarawak antara negeri yang merekodkan kenaikan kes walaupun kecil iaitu sebanyak 682 berbanding 661 semalam sementara Perak 453 (205), Kelantan 219 (167), Melaka 205 (183), Kedah 182 (170), Sabah 166 (163), Terengganu 18 (12), Wilayah Persekutuan Putrajaya 15 (4).

Merekodkan penurunan kes adalah Negeri Sembilan yang mencatatkan 437 berbanding 693 semalam, Johor 314 (627),  Kuala Lumpur 310 (379), Labuan 130 (156), Pulau Pinang 84 (114) dan Pahang 50 (77)

Perlis tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan harian hari ini.

Related posts

Leave a Comment