Thailand catat 3,175 kes baharu

BANGKOK 21 Jun – Sebanyak 3,175 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Thailand hari ini dengan jumlah kematian pula 29 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 221,306 dan kematian pula meningkat kepada 1,658 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), sebanyak 3,130 adalah kes tempatan yang turut melibatkan 140 kes berkaitan dengan penjara manakala 45 lagi adalah kes import.

Kes sembuh pula meningkat kepada 185,789  berikutan 2,030 lagi pesakit sembuh manakala 33,859 orang masih menerima rawatan.

Sebanyak 17 kematian dilaporkan di Bangkok, enam di Samut Prakan, dua di Pathum Thani dan setiap satu di  Saraburi, Nakhon Ratchasima, Narathiwat dan Songkhla.

Kes import pula melibatkan 39 warga Thai yang pulang dari Kemboja dan setiap seorang yang tiba dari Myanmar, India, Jepun , Pakistan, Norway dan Poland.

Menurut CCSA lagi, lapan kluster direkodkan,paling banyak melibatkan kilang iaitu tiga di Samut Prakan, dan setiap satu di Samut Sakhon, Nonthaburi, Saraburi, Rayong dan Chachoensao.

Sementara itu program vaksinasi pula telah mencapai 7,679,057 iaitu 5,526,039 bagi dos pertama dan dos kedua sebanyak 2,153,018.

Related posts

Leave a Comment