Kluster hari jadi catat 19 kes

KOTA KINABALU 21 Jun – Kluster hari jadi dan kluster tempat kerja direkodkan di Sabah hari ini yang turut menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes  hari ini sebanyak 166.

Dua kluster berkenaan adalah Kluster Samedra, Kota Kinabalu dan Kluster Serudung Baru, Tawau.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Masidi Manjun Kluster Samedra, melibatkan penularan jangkitan dalam kalangan kakitangan di sebuah pelantar minyak.

Menurut satu kenyataan malam ini, kes indeks merupakan penyelia lelaki 35, yang mula bergejala sejak 12 Jun, sebelum disahkan positif Covid-19 hasil saringan pekerjaan pada tarikh sama di klinik swasta.

Turut dikesan positif ialah 24 kontak dalam kalangan rakan sekerja kes indeks, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 25 kes.

Kluster Serudung Baru yang melibatkan Mukim Balung, di Tawau berkait rapat dengan majlis hari jadi yang diadakan di rumah kes indeks pada 12 Jun lalu, serta dihadiri ahli keluarga.

“Kes indeks merupakan warga emas lelaki berumur 60 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 16 Jun di Klinik Kesihatan Apas Balung, setelah bergejala sejak 13 Jun.

“Susulan kes itu, saringan kontak pada 20 Jun mendapati sembilan individu dalam kalangan jemputan majlis terbabit dikesan positif.

“Setakat hari ini, sembilan lagi kes positif direkodkan menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 19 kes,” katanya.

Related posts

Leave a Comment