Indonesia terima 10 juta dos Sinovac

JAKARTA 20 Jun – Indonesia hari ini menerima 10 juta dos vaksin Sinovac ketika negara itu mencatatkan lonjakan kes harian sebanyak 13,737 kes berbanding angka tertinggi sebelum ini 12,990 pada 18 Jun lalu. Semalam Indonesia merekodkan 12,906 kes harian dan sebelum itu, pada 17 Jun sebanyak 12,624 kes. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat hari ini adalah 1,989,909 manakala jumlah pesakit yang dilaporkan meninggal dunia hari ini adalah 371 menjadikan jumlah keseluruhan 54,662. Kes sembuh pula adalah sebanyak 6,385 orang menjadikan jumlah keseluruhan kes pesakit pulih sebanyak…

Read More

Kes di Arab Saudi 1,079

RIYADH 20 Jun – Arab Saudi merekodkan penurunan kes untuk hari kedua apabila merekodkan 1,079 kes berbanding 1,153 semalam dan 1,236 pada 18 Jun lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 474,191. Jumlah kematian pula meningkat kepada 7,677 orang apabila 14 lagi dilaporkan meninggal dunia Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,214 lagi sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 455,618. Makkah merekodkan kes tertinggi dengan 320 diikuti Riyadh 216, Timur 206 dan Asir 100. Sebanyak 10,896 kes aktif…

Read More

3,682 kes baharu Thailand

BANGKOK 20 Jun – Thailand merekodkan 3,682 kes baharu Covid-19, meningkat sedikit berbanding 3,667 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 218,131 kes dengan 20 lagi meninggal dunia menjadikan 1,629 kematian. Daripada 3,682 kes, sebanyak 3,104 kes melibatkan orang awam termasuk 40 kes import dan 578 lagi adalah banduan penjara. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Bangkok merekodkan kes harian tertinggi iaitu 836 diikuti Samut Prakan 501. Bangkok juga merekodkan kematian tertinggi iaitu 11 kes diikuti Nakhon Pathom (3), Samut Prakan (2) dan masing-masing satu kes di Chanthaburi, Rayong, Saraburi dan Ubon Ratchathani.…

Read More

Singapura lapor 11 kes baharu

SINGAPURA 20 Jun – Sembilan kes baharu Covid-19 dalam masyarakat dan dua kes import dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 62,414 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, lima kes dalam masyarakat tidak dikaitkan dengan kes-kes terdahulu manakala daripada empat kes yang terkait dengan kes-kes lalu, tiga daripadanya sudah dikuarantin, Dua kes import pula sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Salah satu kes import itu adalah warga Singapura yang pulang ke negara ini. Sementara itu, operasi ujian wajib bagi para penduduk lapan blok di Bukit Merah…

Read More

Filipina catat 5,803 kes baharu

MANILA 20 Jun – Jabatan Kesihatan Filipina merekodkan 5,803 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 1,359,015 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 84 pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 23,621 kematian. Jumlah kes sembuh juga menunjukkan peningkatan dengan 94.0 peratus atau 1,277,715 orang termasuk 7,652 kes baharu yang dilaporkan pulih hari ini. Kes aktif pula 57,679 atau 4.2 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah keseluruhan kes dicatatkan di negara ini, 4.2 % (57,679) adalah kes aktif, 94.0 % (1,277,715) pulih, dan 1.74 % (23,621) meninggal dunia.

Read More

Kes jangkitan menghampiri 700,000

PUTRAJAYA 20 Jun – Kes jangkitan Jangkitan Covid-19 di negara ini menghampiri 700,000 kes apabila merekodkan 5,293 kes, berbanding 5,911 kes semalam. Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ketika ini kes Covid-19 di Malaysia berjumlah 696,408 kes. Beliau berkata, ketika ini jumlah kes aktif adalah 63,815 kes. Sebanyak 5,286 kes penularan tempatan membabitkan 3,894 warganegara dan 1,392 bukan warganegara. Bagi kes import, sebanyak tiga daripada tujuh kes dilaporkan membabitkan rakyat tempatan dan empat lagi warga asing. Setakat tengah hari tadi, seramai 880 pesakit dirawat di unit rawatan rapi…

Read More

Selangor turun tetapi mendahului

PUTRAJAYA 20 Jun – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 dengan merekodkan 1,680 kes manakala Selangor yang menunjukkan sifar kes semalam mencatatkan dua kes. Bagaimanapun angka yang dicatatkan Selangor hari ini lebih rendah berbanding 2,111 yang direkodkan semalam. Begitu juga dengan Negeri Sembilan yang mencatatkan penurunan kes daripada 770 semalam kepada 693 hari ini manakala Sarawak menunjukkan peningkatan iaitu 661 kes berbanding 569 semalam. Johor pula  menunjukkan peningkatan iaitu 627 (498), Melaka 183 (134), Pahang 77 (56) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 4 (3), Wilayah Persekutuan Kuala…

Read More

1,588,915 lengkap dua dos

PUTRAJAYA 20 Jun – Setakat semalam, 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 4,086,087 individu menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 5,675,002 dos. Menteri Kesihatan  Dr Adham Baba berkata, sebanyak 164,282 dos diberikan semalam melibatkan 128,400 penerima suntikan pertama manakala 35,882 lagi dos kedua. Katanya, lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082), Perak (147,250) dan Kuala Lumpur (141,071). Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,072,779 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Read More

Brazil catat lebih 500,000 kematian

BRAZIL menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lebih setengah juta kematian akibat Covid-19 dengan jumlah meninggal dunia semalam, Sabtu 19 Jun sebanyak 2,495 menjadikan jumlah kumulatif 500,800 kematian. Gelombang jangkitan semasa pula tidak menunjukkan tanda akan reda, dengan 98,832 kes jangkitan menjadikan kumulatif kes positif Covid-19 di negara itu berjumlah 17.8 juta. Senat Persekutuan Brazil secara terbuka menempelak perkembangan ini dengan mendakwa Presiden Jair Bolsonaro gagal bertindak hingga menyebabkan program vaksinasi tertangguh. Sebaliknya, kata mereka, Bolsanaro tanpa henti mendorong penggunaan hydroxychloroquine, iaitu ubat malaria yang tidak terbukti mampu…

Read More