Kes di Arab Saudi 1,079

RIYADH 20 Jun – Arab Saudi merekodkan penurunan kes untuk hari kedua apabila merekodkan 1,079 kes berbanding 1,153 semalam dan 1,236 pada 18 Jun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 474,191.

Jumlah kematian pula meningkat kepada 7,677 orang apabila 14 lagi dilaporkan meninggal dunia

Bagi kes sembuh pula, sebanyak 1,214 lagi sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 455,618.

Makkah merekodkan kes tertinggi dengan 320 diikuti Riyadh 216, Timur 206 dan Asir 100.

Sebanyak 10,896 kes aktif dilaporkan di mana 1,516 adalah kritikal.

Related posts

Leave a Comment