1,588,915 lengkap dua dos

PUTRAJAYA 20 Jun – Setakat semalam, 1,588,915 individu telah melengkapkan dua dos vaksin manakala 4,086,087 individu menerima dos pertama menjadikan jumlah keseluruhan 5,675,002 dos.

Menteri Kesihatan  Dr Adham Baba berkata, sebanyak 164,282 dos diberikan semalam melibatkan 128,400 penerima suntikan pertama manakala 35,882 lagi dos kedua.

Katanya, lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 207,077 diikuti Sarawak (181,690), Johor (161,082), Perak (147,250) dan Kuala Lumpur (141,071).

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin dalam laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 15,072,779 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Related posts

Leave a Comment